Pelajar Tajaan Yayasan Bank Rakyat 2017

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semuaa. Fuhh lamanya tak tengok blog ni. Nasib baik boleh log in lagi haha. Okayy, entry kali ni..mira nak kongsi pengalaman mira memohon Pinjaman Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) Yayasan Bank Rakyat. Alhamdulillah, bersyukur sgt2  diterima sebagai pelajar tajaan Yayasan Bank Rakyat(YBR) ni. Sebenarnya, dari awal masa buat permohonan online sampaila duit masuk…korg kena ada hati yang kental…hahaha. Boleh tahan panjang juga laa penantiannya…  Jadi, mira cerita dalam bentuk timeline la yeee..

10/7/2017-9/10/2017

Opening of PPBU application. (2nd Tier) Degree,Professional,Master&PhD

Basically, bagi yang nak memohon PPBU, korang kena mohon secara online di laman web yayasan bank rakyat.(klik sini)  Untuk memohon, make sure korang dah dapat surat tawaran kemasukan university masing2 ya. Lama jugala tempoh YBR bukak utk permohonan PPBU ni. Dari bulan 7 sampaila bulan 10. So  ada masa panjang untuk korang sediakan apa yang patut. Time ni la, mira struggle lengkapkan borang PPBU. Semuanya online…so,document2 yang diperlukan ….semua kena scan and file2 yang diupload tu takleh besar2. Tak ingatla pulak limit dia..hehe. Kalau dah siap upload semua dokumen..better hantar awal2..jangan tnggu hjung2..takut system down ke..apa ke… Kalau ada2 apa persoalan, boleh rujuk web YBR okay..Segala  syarat2 memohon, cara mohon..dah diterangkan di web YBR. Haha nk tulis sini..cam tak larat nk tulis jaaa.

Sun , 22/10/2017

Kuiz PPBU

Lebih kurang 2 mggu dari tarikh tutup permohonan PPBU, mira dapat sms dan email dari YBR yang mira telah disenarai pendek untuk jawab kuiz PPBU. Nak mohon PPBU ada ujian sarigan online yaaa semuaa. Rasa seronok ada, berdebar pun ada… habis semua senior YBR yang mira kenal , mira Tanya contoh soklan macam mana…haha. Takpe.. korang jangan risau…senang la jugak soklannya. Soklan macam ujian sekolah mnengah dulu . Dia test BM,BI, and matematik. Soklan simple2 jaa.  Kat bwh ni detail format kuiz PPBU macam mana.

Screenshot_2018-10-26-17-30-42-499_com.google.android.gm

Wed, 10/1/2018

Keputusan PPBU

Maka, setelah hampir dua bulan lebih jugak la menanti keputusan Kuiz haritu…..mira dapat email dari YBR kata permohonan PPBU anda telah BERJAYA. Alhamdulillah.Tuhan je yang tahu betapa seronoknya hati ini. Hehe. Maklumlaa lepas jawab kuiz haritu , setiap hari ternanti-nanti keputusan kuiz…sebab dorng tak bagi tahu the exact date bila nak release keputusannyaa. Seterusnya, tibalah saat utk menguruskan dokumen2 penjanjian dgn YBR. Mencabar jugala nak uruskan dokumen penjanjian ni, sebab nak kena dptkan 2 org penjamin and cukup syarat2 penjamin. Mira duduk dekat kelantan, tapi mostly saudara2 yang layak jadi penjamin duduk di KL dan Perak. 😉 mira sgt brterima kasih dgn mak dan abah yg bwk ke sana sini..utk setelkan urusan ppbu…dan brterima kasih juga dgn pak cik yg sudi jadi penjamin 🙂 ouh ya tempoh uruskan dokumen2 ni, lebih kurang 2 minggu gitu.

 

Wed, 17/1/2018

INVITATION: STUDENT DEVELOPMENT PROGRAMME (INDUCTION) 2017/2018

Selepas satu minggu keputusan tawaran PPBU, dapat lagi satu email..”Jemputan ke Student Development Programme.” Program ni wajib pergi tau, sebab program ni merupakan salah satu requirements utk diterima sebagai YBR scholar 😉 Induction tu selama 5 hari 4 malam. (25/1/2018-28/1/2018) Hari khamis sehingga Ahad, di A Famosa Resort, Melaka.

25/1/2018-28/1/2018

Student Development Programme

BESTT!!.hahaha seronokla juga pergi student development program ni..A Famosa Resort, Melaka…besar…cantik pulak tu. Bilik yg disediakan pun selesa.. Makanan pun banyak pilihan and sedap2. Semua YBR tanggung. Bila dapat makanan free ni..korg makanlah byk2..jangan tak makan..nanti rugi..(p/s: maklumla saya jarang mkn kat hotel ~) Apa yg kita buat kat sana? hahah semestinya byk slot briefing dri YBR,tentang PPBU, S.I.R,talent rakyat, career developmet..and etc~ Tapi byk juga module yg best2. lagi2 module community heroes. seronok2..dpt turun berprogram dengan penduduk melaka. Banyangkan berapa banyak bas nak bwk semua students YBR ni.haha. best konvoi ramai2 ni…;)Paling seronok dapat kenal dengan kawan2 baru. Kitorg baru kenal tapi mcm dah lama kenal haha..yeah. Selain tu, Ada juga aktiviti dalam kumpulan..kitorg kena buat lagu terima kasih YBR and logo tak silap..Bila tgok vid kumpulan ktorg present..Ya Tuhan…lawak gilaaa…hahahahaha. nak cerita ttg program SDP ni panjangg…kena buat entry baru hehe..

Alright…Jadi inilah sedikit perkongsian dari mira ttg pengalaman memohon ppbu. Moga dapat beri gambaran bagi yg nak memohon ppbu 😉 All the best!!

 

 

10 thoughts on “Pelajar Tajaan Yayasan Bank Rakyat 2017

  1. Hai tumpang tanya, sorry soalan bodoh sikit tapi nak kepastian jugak😂. Time isi pendaftaran online tu kan dia mintak segala dokumen berkaitan dalam bentuk pdf, boleh tak kalau kita upload guna gambar yg kita dah convert jadi pdf? Lagi satu dokumen yg dia mintak semua tu perlu tandatangan dari pegawai kelas A ke sebab dalam contoh ada dia tunjuk. Reply please thank youu!😊

    Like

  2. Salam, saya nak tanya jika ibu saya suri rumah, dokumen apa yang saya patut letak sebab dia tulis ‘require’ dan ibu saya tiada slip gaji

    Like

  3. Pingback: Permohonan Biasiswa Yayasan Bank Rakyat 2019/2010 • Melur.net

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s