Pelajar Tajaan Yayasan Bank Rakyat 2017

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semuaa. Fuhh lamanya tak tengok blog ni. Nasib baik boleh log in lagi haha. Okayy, entry kali ni..mira nak kongsi pengalaman mira memohon Pinjaman Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) Yayasan Bank Rakyat. Alhamdulillah, bersyukur sgt2  diterima sebagai pelajar tajaan Yayasan Bank Rakyat(YBR) ni. Sebenarnya, dari awal masa buat permohonan online sampaila duit masuk…korg kena ada hati yang kental…hahaha. Boleh tahan panjang juga laa penantiannya…  Jadi, mira cerita dalam bentuk timeline la yeee..

10/7/2017-9/10/2017

Opening of PPBU application. (2nd Tier) Degree,Professional,Master&PhD

Basically, bagi yang nak memohon PPBU, korang kena mohon secara online di laman web yayasan bank rakyat.(klik sini)  Untuk memohon, make sure korang dah dapat surat tawaran kemasukan university masing2 ya. Lama jugala tempoh YBR bukak utk permohonan PPBU ni. Dari bulan 7 sampaila bulan 10. So  ada masa panjang untuk korang sediakan apa yang patut. Time ni la, mira struggle lengkapkan borang PPBU. Semuanya online…so,document2 yang diperlukan ….semua kena scan and file2 yang diupload tu takleh besar2. Tak ingatla pulak limit dia..hehe. Kalau dah siap upload semua dokumen..better hantar awal2..jangan tnggu hjung2..takut system down ke..apa ke… Kalau ada2 apa persoalan, boleh rujuk web YBR okay..Segala  syarat2 memohon, cara mohon..dah diterangkan di web YBR. Haha nk tulis sini..cam tak larat nk tulis jaaa.

Sun , 22/10/2017

Kuiz PPBU

Lebih kurang 2 mggu dari tarikh tutup permohonan PPBU, mira dapat sms dan email dari YBR yang mira telah disenarai pendek untuk jawab kuiz PPBU. Nak mohon PPBU ada ujian sarigan online yaaa semuaa. Rasa seronok ada, berdebar pun ada… habis semua senior YBR yang mira kenal , mira Tanya contoh soklan macam mana…haha. Takpe.. korang jangan risau…senang la jugak soklannya. Soklan macam ujian sekolah mnengah dulu . Dia test BM,BI, and matematik. Soklan simple2 jaa.  Kat bwh ni detail format kuiz PPBU macam mana.

Screenshot_2018-10-26-17-30-42-499_com.google.android.gm

Wed, 10/1/2018

Keputusan PPBU

Maka, setelah hampir dua bulan lebih jugak la menanti keputusan Kuiz haritu…..mira dapat email dari YBR kata permohonan PPBU anda telah BERJAYA. Alhamdulillah.Tuhan je yang tahu betapa seronoknya hati ini. Hehe. Maklumlaa lepas jawab kuiz haritu , setiap hari ternanti-nanti keputusan kuiz…sebab dorng tak bagi tahu the exact date bila nak release keputusannyaa. Seterusnya, tibalah saat utk menguruskan dokumen2 penjanjian dgn YBR. Mencabar jugala nak uruskan dokumen penjanjian ni, sebab nak kena dptkan 2 org penjamin and cukup syarat2 penjamin. Mira duduk dekat kelantan, tapi mostly saudara2 yang layak jadi penjamin duduk di KL dan Perak. 😉 mira sgt brterima kasih dgn mak dan abah yg bwk ke sana sini..utk setelkan urusan ppbu…dan brterima kasih juga dgn pak cik yg sudi jadi penjamin 🙂 ouh ya tempoh uruskan dokumen2 ni, lebih kurang 2 minggu gitu.

 

Wed, 17/1/2018

INVITATION: STUDENT DEVELOPMENT PROGRAMME (INDUCTION) 2017/2018

Selepas satu minggu keputusan tawaran PPBU, dapat lagi satu email..”Jemputan ke Student Development Programme.” Program ni wajib pergi tau, sebab program ni merupakan salah satu requirements utk diterima sebagai YBR scholar 😉 Induction tu selama 5 hari 4 malam. (25/1/2018-28/1/2018) Hari khamis sehingga Ahad, di A Famosa Resort, Melaka.

25/1/2018-28/1/2018

Student Development Programme

BESTT!!.hahaha seronokla juga pergi student development program ni..A Famosa Resort, Melaka…besar…cantik pulak tu. Bilik yg disediakan pun selesa.. Makanan pun banyak pilihan and sedap2. Semua YBR tanggung. Bila dapat makanan free ni..korg makanlah byk2..jangan tak makan..nanti rugi..(p/s: maklumla saya jarang mkn kat hotel ~) Apa yg kita buat kat sana? hahah semestinya byk slot briefing dri YBR,tentang PPBU, S.I.R,talent rakyat, career developmet..and etc~ Tapi byk juga module yg best2. lagi2 module community heroes. seronok2..dpt turun berprogram dengan penduduk melaka. Banyangkan berapa banyak bas nak bwk semua students YBR ni.haha. best konvoi ramai2 ni…;)Paling seronok dapat kenal dengan kawan2 baru. Kitorg baru kenal tapi mcm dah lama kenal haha..yeah. Selain tu, Ada juga aktiviti dalam kumpulan..kitorg kena buat lagu terima kasih YBR and logo tak silap..Bila tgok vid kumpulan ktorg present..Ya Tuhan…lawak gilaaa…hahahahaha. nak cerita ttg program SDP ni panjangg…kena buat entry baru hehe..

Alright…Jadi inilah sedikit perkongsian dari mira ttg pengalaman memohon ppbu. Moga dapat beri gambaran bagi yg nak memohon ppbu 😉 All the best!!

 

 

Advertisement

Bantuan IPT dari Maik dan Wang Ehsan

Assalamualaikum semua. Entry kali ini khas untuk sahabat2 kelantan yang masih tercari-cari bantuan kewangan yang dapat sedikit sebanyak membantu kita semperna nak masuk university ni.

Bantuan IPT MAIK

Alhamdulillah, masa sem 1 first year degree.. iaitu awal tahun hritu. mira dapat duit dripada maik. Nak dijadikan cerita, rakan bilik mira yang bagitahu tentang duit Maik ni. Lepastu mira google la web maik (click sini)

photo6118458840941963255

Pastu dekat web tu korg boleh click Permohonan Bantuan IPT online. Korang boleh bacala syarat2nya (click sini). Nak mohon tak susah pun, Just perlu isi borang secara online  dan print. Borang permohonan yang diprint mestilah dihantar kepada maik berserta dokumen2 yang diperlukan. Ingat ya, tarikh hantar borang permohonan selewat-lewatnya 1 bulan dari tarikh memohon.

Alhamdulillah, dah siap hantar borang permohonan dan dokumen semua kat pejabat maik, korang tggula la ye. Boleh semak permohonan bantuan ipt kat portal maik. (click sini ). Masa mira dah hantar semua haritu, check2 , kata borg permohonan tidak diterima. mcm pelik la jugak sebab dah hantar semua. Dlm hati kata maybe sistem jem kot. tawakal je.kalau ada rezeki dapatla.

photo6118458840941963257

Dalam hjung bulan tiga hrtu, check bank ada rm500 extra tak tahu dari siapa. Bila check dekat slip penyata bank, rm500 tu bukan dri no acc persendirian siapa2.Tapi mira masih x confirm duit maik ke? sebab katanya rm2 500 utk ijazah.hehe

Abah pun pergi ke pejabat maik, (dekat je pejabat maik dgn abah punya tmpat kerja) Orang pejabat cakap, memang rm500 itu daripd maik 😉 Untuk keluarga yg krg pendapatan dn tanggungan mcm 9/ 10 org akan dpt lebih banyak lagi. Memandangkn adik-brdik x ramai dpt rm500 shja. Takpe rezeki juga kan :)Alhamdulillah. So korg yang layak boleh la pergi mohon okyy.

Wang Ehsan

Okay tentang wang ehsan pula. Mira tahu tentang wang ehsan ni dari Tok penggawa tempat mira ni, masa nak mintak cop borang maik. Dia la suruh mohon wang ehsan. Katanya siapa2 je yang dapat tawaran universiti, diploma,degree,asasi, matrik boleh mohon. (pelajar kelantan ye hehe) Apalagi..google la tentang wang ehsan ni. (click sini )

Cara nak mohon lagi senang. Isi online, print dan hanya perlukan dokumen ic sndiri, ic parents dan surat tawaran. Hantar kat Pejabat Pembangunan Jajahan (PPJ) mengikut parlimen masing-masing. Nanty korang boleh check status permohonan kat portalnya.

photo6118458840941963263

 

Wang ehsan akan diberi dalam satu majlis khas penyerahan wang ehsan dan akan diberi dalam bentuk cek simpanan premium. Kita boleh tebus kat bank dlm masa 45 hari dri tarikh yg diterima. Okay itu sahaja, selamat memohon 😉

p/s  bagi yang bukan pelajar kelantan, mira rasa negeri masing2 ada juga buat macam kelantan ni. Jgn lupa check kat portal negeri masing2 🙂